Want your own Fotopage?

|
|
GANDAHARA
 By: SHAHROSE PESHAWAR
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Monday, 19-Sep-2011 20:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MY OWN SKETCHING....
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Jun-2011 07:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RESEPI KUAH LONGKANG
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-Apr-2011 23:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TUMIT KAKI SAKIT @ PLANTAR FASCIITIS
|
|
Lamakan aku ni biarkan fotopages aku bersawang..banyak bebenonya nak diceritakan sebab macam2 happend kat family and kat aku ...tapi aku akan bercerita satu persatu topic dulu dengan penuh kesabaran....mula2 nak cerita tentang aku berjaya turunkan berat badan aku lam 10kg ...pastu lain pulak jadinya..dah turun berat badan tapak kaki aku sakit...pastu aku exercise jalan atas treadmill..makin sakit..badan susut tapi makin sakit dan sakit tumit aku ni ha...rasa macam ada org 'slice' tumit kita dengan pisau tajam, kadang-kadang rasa macam ada duri2 tusuk tumit tu..kadang-kadang rasa macam ada xtra tulang nak terkeluar dari tumit kita...urut pun tak jadi apa...so penting kita cari 'information' tentang sakit tumit ni...selalu orng kaitkan kalau gemuk je mesti sakit tumit..aku gemuk takla sakit tumit...tapi kadang2 sakit lutut tu terasa la jugak sebab lutut tu beban nak tanggung berat badan kita yang semakin melebar dan memberat ... so dengan adanya teknology yang canggih kita ada lani baik kita google nak tahu kenapa sakit tumit ni lebih tepat...kebetulan adik aku Kak Ngah keja kat Mindef tu call kata Kak Long ce baca sokkabar metro ada cakap pasal tumit kaki sakit...aku dok habaq ke dia...aiya Ngah..awat beritau dah tengahari..kat tempat Kak Long ni tengahari selalunya dah habisla ...so aku cari online newspaper...ha kan bijak tu...
Aku bangun pagi bila nak p mandi dan berwuduk mesti nak jalan je seksa sangat...sebab tumit aku tu macam2 rasa kadang rasa macam getah ketat kat tumit aku pun ada ...so nak bangkit tu mang kena pegang dinding dulu..macam orang dah uzur..mang hilang jelita aku la bila nak bangun tu ..sakit tumit yang teramat sangat...kalau suami ada kat umah takpela dia tolong papah kita ke toilet...ni berdengkut2 bila jalan...pakai sandal pun sama je tak jadi apa2..even aku ada beli banyak stokin tebal pun still gitu gak sakit juga...
Suami baru2 ni cuti almost 1 week...so dia tengok kita seksa bebeno bila nak jalan pe lagi...bawakla ke Emergency Room kul 1pagi kat Hospital Sultanah Bahiyah...tapi tula susah nak cakap ..dari dulu aku tak suka Dr.2 kat emergency ni sebab depa ni macam tak serious leh gelakkan aku pulak bila...aku cakap aku sakit tumit bila aku turun berat badan...ada Dr tu kata macam tak logic...dalam hati aku dan suami kata ..eh dia ni Dr ke tidak kami pun rasa tak logic jugak turun berat badan tapi tumit sakit gila.....bila nurse yang ada bersama dia panggil dia Dr sah la dia Dr kan takkan dia nak menyamar pulak....tapi senang je dia cakap kalau kaki Puan sakit setelah saya bagi ubat tuk seminggu makan...takdak jalan lain kena cucuk kat tumit la..kan ke menakutkan tu...cuba la bagi option lain...aku baca tentang tentang orng kena Plantar Fasciitis ni...last lassst option baru cucuk steroid kat tumit..ni senang je...nak cucuk2...tak kuasa aku, ngeri sungguh pun ada...banyak lagi kata2 Dr tu menyakitkan hati aku ...ikutkan hati nak je belasah dia...tapi kenangkan kita ni sapa...bukan Dr kena la dengar orng yang arifkan...silap jumpa orng kot..patut jumpa Dr Pakar tulang... so sapa2 sakit tumit kaki dan tak tau kenapa sebab musababnya aku dah copy paste tentangnya kat bawah ni..semoga article tu sangat membantu..Insya Allah...
So ni gambar sandal yg suami aku belikan dari kedai Bata Alor Setar, aku tanya sendiri dengan owner yang kebetulan ada di tempat cashier tu...katanya tak semestinya badan gemuk kita akan sakit tapak kaki, kita dah berumur pun sakit, dah beranak pun akan sakit, kalau drastic exercise pun boleh sakit tumit dan tapak kaki ni, overuse kaki pun mang sakit tumit juga...lega aku bila owner Bata cakap camtu..dia kata dia tak gemuk tapi sakit tumit bila dah kerap beranak(mang perempuan Cina agak berumur ni masih lagi cantik) aku rasa dia lebih baik bagi nasihat dari Dr yang aku jumpa tu...nasihat aku macam2 ..banyakkan makan buah2an sayur2an, jaga kaki tu...nak pakai lama, so dalam rumah saja aku pakai sandal tu, kat luar rumah dia suruh aku pakai kasut tapi medi pad gel yang dia syorkan...dan stop sementara activity riadah yang melibatkan kaki aku ni..rest dulu...buat exercise tak melibatkan kaki ...dah sihat kena start semula...tapi start dengan perlahan2 dulu...jalan relax not brisk walking..kan best dengar nasihat camtu...aku ni mampu beli sepasang sandal rasa nak beli sedozen pulak...ni Dr tu siap gelakkan and siap cakap ha taknak sakit Puan kenala turunkan berat badan lagi...senangnya cakap...kita yang tak belajar medical ni mesti dok pk camana lagi aku nak turunkan berat badan..makan dah jaga...buat exercise dah turun berat badan tapi sakit tumit ..kita pun mushkil...kan bagus dia nasihat elok2 ..kata Dr tapi macam orng tak berilmu pulak cara bercakapnya....hai malaas aku nak komen banyak2 coz kawan2 aku ramai Dr ngehehehehe....
* ni bagi tips sikit dari pengalaman aku..Dr tu bagi aku seminggu ubat Indomethacin 25mg Cap so aku telan sebiji satu pagi satu malam selama seminggu
* dan ubat sapu nama Methyl Salicylate 25% ointment (LMS) sapu 4 kali sehari..
* kalau demam Dr bagi aku Paracetamol 500mg tapi aku tak makan sebab mang dari dulu aku tak suka amalkan makan panadol ke paracetamol unless sakit gila2 ...
* pakai sandal tu dalam rumah saja, keluar rumah pakai kasut letak medi gel tu, kalau kotor boleh basuh jgn letak kat panas matahari kang cair pulak..menda tu dah la mahal babe...kalau riadah pun kasut sukan buh medi gel jgn lupa pakai stokin tebal....so exercise ikut kemampuan badan dan kaki...ingat ..kita bukan muda lagi...
* kalau ikutkan kawan suami aku Dr Orthopeadik (pakar tulang di Sunway Hospital) Dr Hyzan katanya ambil ubat voltaren 50mg makan seminggu, pakai voltaren emulgel tuk sapu kat tumit...tuam dengan air batu kalau sakit jgn rendam sebab aku p rendam aritu nak terbakar gila kaki ni...mang dia pun cakap last last option baru inject...itu kes macam tak dak harapan nak baik ..ingat steroid ada kesan sampingan maaa...
************************************************************************************************************************
PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.
Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.
Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.
Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.
Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.
Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.
Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.
Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.
Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.
Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.
Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.
Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.
•Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.
•Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.
•Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.
•Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.
•Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.
•Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.
•Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.
Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.
Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.
Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.
Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.
Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.
Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.
Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.
Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang.
sumber ~ http://www.hmetro.com.my/articles/Tumitkakisakit/Article/
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Jul-2010 04:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BZ sikit...
|
|
Assalamaulaikum teman-teman...
Bukan takmo update fotopages walau ada yang dah bising hehehe ni dah masuk bulan Rejab dan Syaaban so bz skit membekam orng tuk dapat pahala dan mendapat khasiat berbekam..sapa yang tak tau apa itu bekam boleh tengok kat blog bekam saya >> http://athospira.blogspot.com/ older post sana ada utube tentang fakta ilmiah kenapa ummat Islam kena berbekam..selain ianya Sunnah Rasulullah SAW...ia menyihatkan badan Insya Allah...tak menyakutkan..belum cuba belum tahu...
Sebarang pertanyaan leh call saya di talian 019-6071876 @ 019-6159948
ada masa lapang aku update la no ...salam ceria selalau...
ShahRoseAlor Setar- Kuantan- Kuala Lumpur
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Mar-2010 08:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH DAN TERJEMAHANNYA
|
|
Gambar ~ bunga butang kat tepi rumah aku berlatar belakang langit tengah membiru dipagi hari pagi tadi...yang disnap oleh suami tercinta...tq so much B...
FAKTA TENTANG SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH:
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
sumber: Mr Landak dari forum drtuah ~ http://www.forum.drtuah.com/V4/index.php
Kak Hanieliza ~ http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1734856
Terima kasih Mr Landak dan Kak liza..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Mar-2010 12:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lunch semalam...
|
|
Since duk Alor Setar ni seronok coz suami almost everyday balik lunch rumah, seronok bila kita masak kadang bukan sedap pun tapi suami appreciate sangat2 pastu makan beria-ia takla kecik ati aku masak and lagi semangat lagi nak memasak adala... aku masak simple je..tengok budget..kalau awal bulan tu ..macam mewahla sikit bahan2nya..bila nak ujung bulan ...telor goreng tuang dengan kicap pun jadila ye bang...
Bergedil ni aku belajar dari Niza masa aku belajar di Karachi dulu...style dia goreng kentang tu dulu, yg aku tau rebus kentang tu kalau buat dengan daging cincang..tapi bagus...lain orng lain caranya janji sodap...kalau nak makn dengan soto buat kecik-kecik..kalau nak makan dengan nasi buat gadang-gadang yakni beso...baru puas hati makan...
Air asam jawa ni bagus kalau kita batuk-batuk tapi jangan buh air batula..elok minum suam-suam...kalau kena constipate..u know....itew sembelit pun elok minum air asam jawa ni..mang cuci habis perut dengan usus-usus kita tu ..masa duk KL dulu aku jual ais krim Msia selain ais krim milo dan asam boi laku...asam jawa ni pun tersangat laku...sedap depa kata... tak caya cuba buat ...gerenti terangkat punya!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Mar-2010 16:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LOUIS ARMSTRONG ~ WHAT A WONDERFUL WORLD...
|
|
Sementara aku edit gambar2 yg tak siap lagi ni...so aku letak dulu entry lagu antara favourite aku... lagu wut a wonderful world..dinyanyikan oleh penyanyi lagenda zaman dulu-dulu...Louis Armstrong...dia ni menyanyi lagu bagi aku sedap and liriknya tu ada makna mendalam...and menarik pasal dia ni ...dia menyanyi dengan ekspresi muka sekali.. mula-mula tengok dulu aku ngeri gak...dah style diakan...jom layannn....
lyric....What a wonderful world
I see trees of green
Red roses too
I see them bloom
For me and you
And I think of myself
What a wonderful world
I see skies of blue
And clouds of white
The bright bless day
The dark sacred night
And I think to myself
What a wonderful world
The colours of the rainbow
So pretty in the sky
Are also on the faces
Of people going by
I see friends shaking hand
Saying 'How do you do?"
They're really saying
I LOVE YOU...
I hear babies crying
I watch them grow
They'll learn much more
Than I'll ever know..
And I think to myself
What a wonderful world
YES
I THINK TO MYSELF
WHAT A WONDERFUL WORLD....
ps: bagi yg tak pandai bahasa Inggeris rajin2la refer dengan kamus/dictionary...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 26-Feb-2010 14:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FROZEN BURUNG PUYUH & PUYUH MASAK LOMAK CILI API...
|
|
So rehat sat tuk edit gambar-gambar kawen ni..dah lama aku tak publishd gambar2 & resepi aku masak...ni gambar puyuh frozen, freezer Pensonic tu sebenarnya hadiah birthday aku pada 16 Jan 2010 awal tahun baru ni, so aku baru berjinak2 meniaga puyuh ...so far org terdekat je yang membelinya...ada gak orng dari Ulu Selangor call aku nak 150 ekor, terkejut aku..cuma masalah transport je..kalau tak dah lama aku distribute puyuh2 ni di kl...permintaan memang banyak disana, nak2 aku kata puyuh ni orng Melayu Islam yg bela dan sembelih lagila ramai yang nak...burung puyuh ni hubby mbik dari ladang kawan dia di Sik, Baling Kedah..
Memandangkan abah aku orng Seremban so jadi kebiasaanla makan masak lemak cili api ni...selalu mak la yang masakkan...abah aku tu tak sah kalau takdak makanan podeh..katanya lauk tu pondan kalau tak pedas hehehe...so puyuh aku masak ni bukanla yang aku jual, aku beli di Naka satu tempat di Kedah ni sebelum aku decide nak meniaga puyuh......jauh gak dari Alor Setar...saja jalan2kan..so ternampak orng jual puyuh frozen kami pun belila 2 peket...
Mudah je masak lemak cili api burung puyuh ni..macam kita masak ayam masak lemak tu....cuma gantikan ayam dengan burung puyuh...
MASAK LOMAK CILI API BURUNG PUYUH
segenggam cili api; kalau pakai cili api kg punya lagi bagus ..kaw ..bagi terangkat abes
~ tapi aku tak letak banyak cili api sebab anak2..so aku buh lam 3 biji cili api kg tu pun terasa gak pedasnya...
*kunyit hidup lam 2 inci
*bawang beso satu
*bawang putih lam 3
*asam keping lam 2
*2 batang serai dititik
*5 ekor burung puyuh di belah 2
*3 kentang sederhana besa...di potong dadu
*santan lam setengah biji
1) Tumbuk bawang beso, bawang putih, cili api dan kunyit hidup hingga lumat
2) Panaskan periuk...masukkan bahan2 dah ditumbuk ni kedalam periuk berkenaan
3) Masukkan sikit air..bila dah mendidih masukkan serai yang dah diketuk tadi
4) Kemudian masukkan kentang dan puyuh...kacau-kacau kemudian masukkan santan
pekat, sentiasa kacau agar santan tak pecah, masukkan asak keping..
5) Bila puyuh dan kentang dah empuk...perasakan garam...dah ok
6) Tutupkan api...senduk dalam mangkuk dan hidangkan dengan nasi panas2 ..perghhh
Selamat Mencuba
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Feb-2010 13:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PERKAHWINAN DR AZIZAH & AISHAH
|
|
*ralat 19 Disember 2009 bukan 2010...maaf terlebih xcited nak mengedit gambo ginila jadinya...
Tema pengantin kali ni ialah warna ungu...purple...pendapat pakar mengatakan..ungu/purple ni warna org-org yang cemerlang...gambar pernikahan Dr Azizah merupakan mak sedara kepada Aishah...depa dua ni merupakan aktivis kemanusiaan macam aku dan suami aku gak, cuma aku tak dapat nak explain banyak sebab aku tak dapat attend kedua wedding ni sebabnya berselisih dengan wedding yang lain pada December tahun lepas...rasanya event ni di negeri Melaka...so info tak banyak aku dapat...
Dr Azizah merupakan Psychologist di University Sains Malaysia, so kalau sapa2 ada masalah kejiwaan selalu bolehla berjumpa dengan Dr Azizah ni..no phone aku tak bagi nanti takut orng main-main pulak..kalau nak jumpa carila di USM Kubang Kerian, Kelantan...
Dr Azizah aka Achik ..saya dan suami selamat pengantin baru dan moga bahagia hingga ke syurga...Ameen...
Hantaran...
Gambar sanding...frust gak macam tak sharp je gambar ni...tapi nak buat camanakan...orng lain yang snap gambar ni...
Dalam banyak-banyak gambar ..ntah kenapa gambar ni menarik perhatian aku...I wish pengantin yang duduk kat situ...tapi orng len pulak yg duk situ...gambar ni background dia cool and classic..warna dia smooth...pun even orng2 kat pelamin ni pun happy..muka macam ikhlas je....hehehe...iya ke?
Macam biasa ...bergambar dengan family
Ini pulak gambar pengantin Aishah dan Aidil...Kak Rose dan suami mengucapkan selamat Pengantin Baru pada Aishah dan suami didoakan semoga panjang umur, cepat menimang cahaya mata dan moga bahagia hingga ke syurga ...Ameen
Upacara membatalkan air wuduk & menyarung cincin
Gambar happy kedua belah mempelai ...bersama parents dan in laws...ceria betul aku tengok ..hehehe...
Gambar sanding aku tak de cuma gambar ni je aku dapat...kalau u all perasan pengapit Aisyah ialah mak sedara yg sebelah tu ....Dr Azizah...
sekian terima kasih....ada lagi gambar pengantin dalam urutan...penat wey...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Feb-2010 07:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SKJ (C) KEE CHEE > AHMAD @ AMAN
|
|
[
Nilah anak sulong aku dan 'the only son' yang aku ada...namanya~ Ahmad Shahruzaman Siddiq tapi dalam bahasa Cina nama Ahmad ni jadi Aman... lahir pada 21 Nov 2003 di Johar Khartoon Hospital, Peshawar, North West Frontier Province, Pakistan...senang cakap Ahmad ni lahir kat border Afghanistan-Pakistan. Cita-cita dia agak mengejut dan melucukan juga bagi aku dan hubby aku...ialah aku ingat dia macam anak-anak orng lain bila tanya dah besar nak jadi apa? Jawapan selalunya cikgu, polis, askar, engineer or doctor ke..tapi Ahmad ni dia kata nak jadi chef dan bawak keta laju , mula tu aku tanya abang tau ke chef tu apa (masa aku tanya tu dia berumur 6thn sekolah taski ABIM) jawab Ahmad "apala ummi ni, chef tu orang masak-masakla..macam Chef Wan tu macam ummi selalu masak tu...!" ngehehehe macamana la aku tak perasan...
Cuma baru perasan bila aku memasak dia suka perati..masa dia kecik2 dulu kalau aku nak masak nasi dia ada kat sebelah aku, aku suh dia pegang beras tu aku cakap ulang ni beras, suh dia rasa gula, garam walau masa tu dia tak pandai bercakap...even kalau aku tengah tumbuk sambal ke bawang ke..bila orng call aku jawab panggilan...tinggalkan lesung batu bila dah habis cakap aku tengah baby Ahmad tengah menumbuk jugak...mbik nak bersepai2 bawang aku...kena buat yang baru...takpe apa-apa pun kita tunggu dia besar...iya ke dia jadi chef...
Statement abah mertua aku lagi best...(orang lain dok gelakkan cita-cita Ahmad nak jadi apa)...Haji Said datuk Ahmad cakap...bagusla kecik-kecik dah ada cita-cita..chef pun profession yang bagus asalkan Ahmad solat tak tinggal dan dia major dalam bidang tu ...so aku kena pantaula...takmo cita-cita dia padam dan jgn paksa anak jadi yang mereka tak suka jadi...nanti depa study tak ikhlas...betul tak?
Ni Ahmad dalam kelasnya di Sek Keb Jenis (Cina) Kee Chee Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah
Ramai gak mempertikaikan aku dan suami masukkan Ahmad ke sekolah berbahasa Cina, ada yang hint-hint aku kata nanti Ahmad tak pakai kopiahla, membebankan dia coz aku tak masukkan dia ke sekolah tadika Cina, bagi aku budak-budak ni otak tengah berkembang dan senang absorb apa yang diajarkan..tak salah kita hantarkan anak ke sekolah Cina asalkan solat dia, mengajinya kita tak abaikan...lagi pun kita kenal bangsa Cina ni bangsa yang rajin...tak salahkan kita ikut bangsa yang membawa perkara positive even Rasulullah SAW pun ada bersabda.."tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina.." dalam maknanya tuh...
Memang betul sekolah Cina ada banyak kerja sekolah...paling sikit pun satu hari 4 subjects selalunya 5 subject ke atasla homeworknya...selalu balik dari tadika Ahmad suka tengok cartoon di tv9, tapi dah sekolah darjah 1 ni pandai sendiri lepas makan rehat sat terus dia buat kerja sekolah, kalau dah habis semua kerja sekolah baru dia tengok cartoon kat tv, mula-mula dulu dia macam penat sikitla ialah tiba-tiba kerja sekolah selambak camtu, lepas buat satu subject Ahmad mintak aku rehat sat...pas tangan dia dah tak penat menulis dia sambung buat kerja sekolah...lani dia buat kerja semua laju, Alhamdulillah..
Ni aku panggil bilik bersepah...kira sepah ni kurangla banding dulu..coz dalam diam-diam aku dan suami dah buang banyak mainan Ahmad dan adik-adiknya..bayangkan kalau sepah tunjuk rotan suh kemas..kemas sekejap je, pastu bersepah semula...aku dah berbuih2 bising cakap dah main kemas..tapi budakkan...kita masa kecik pun gitu gak kan ...so masa kecik ni kena ajar...tapi yang aku nak marah tu bila kita terpijak mainan kecik2 tu...adola sakit tul..pastu mulala mulut ni nak bebel nak bengang nak debik nak tangan semuanya la dan sebagainya ...ngehehehe
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >>] [Archive]
|
|
 |
|