Want your
own Fotopage?






















 
GANDAHARA

By: SHAHROSE PESHAWAR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Apr-2008 16:00 Email | Share | Bookmark
AIR DAN PATI SOYA

Bercerita pasal air soya ni...aku pernah tolong mak aku kat kampung jual air soya ni...dari merendam soya, masak soya, memerah soya sampaila menjual air soya pada Ramadan 2003...

Setelah berkhursus dengan seorng Chef yang mengajar di MARDI barula tau cara2 betul memproses Air dan pati soya ni...


Beginila rupa kacang soya, dicuci dahulu macam kita cuci beras sebelum kita tanak nasik...


Kacang soya mestilah direndam 6 jam sahajasupaya quality terjamin (contohnya rendam kul12malam kul 6 pagi dah boleh blend!)...kemudian cuci bersih-bersih...dan jangan terlebih rendam...nanti bau hancing dan tumbuh benih(taugey besar) then mesinkan dengan kulit-kulitnya (tuk awet semulajadi).



Tadi aku masak pati soya 15liter, boilkan pati soya dengan daun pandan, bagi wangi sikit...sentiasa kacau supaya pati soya tidak hangit bahagian dibawah.....tanda-tanda pati soya sudah masak ialah...gunakan termometer, kalau 80-90darjah celcius maknanya dah masak la pati soya ini....kenapa pakai termometer? Kalau pakai periuk besar, bila soya mendidih kita tak dapat nampak dia mendidih...tu penting adanya termometer..tapi kalau kita masak dalam periuk kecik...tak payahla pakai...memadai tengok pati soya tu betul-betul mendidih kemudian kita tutup api....hati-hati kerana pati soya cepat membuak!!


Pati soya yang telah dimasak diisi dalam bekas air 27liter, (gmbar ni masa kenduri kesyukuran kat rumah auntie suami).... kemudian ditambah ais dan air gula maka jadila air soya. Pengalaman pertama aku dapat supplykan peniaga di TTDI KL, semasa Ramadan tahun lepas depa dok jual air soya so pati soya depa beli dengan aku dan satu lagi pengalaman kedua ialah supply orng kahwin dengan air soya ni...



...pengalaman paling manis aku dapatla supply sebuah sekolah sekejap dgn air soya yang telah dibotolkan oleh aku dan abang ...



Inilah pati soya pekat satu liter, kena di ingat yea..pati dan air soya adalah berbeza, pati soya kita boleh dapat masa kita process memblend kacang soya yang dah direndam 6jam kemudian kita tapis dengan kain muslim, kain napkin atau penapis teh tarik tu...(lagi senang ), pati soya kena bancuh dahulu sebab ianya pekat...sedangkan air soya boleh terus diminum...

oooo.....mcm tu rupa yer buat air soya yer....baru la aku tau Mon 21-Apr-2008 02:33
Posted by:juemeg  - [Link]
fuh detail... bagus la ros.. tak kedekut ilmu.. moga2 bertambah rezeki kau.. ros, kau ni rajinla sikit jenguk2 fp org lain.. buat tak malu je.. ramai tau fp yg suka tayang bab2 masakan ni...kalau diorang masuk fp kau mesti diorang suka punya sebab kira sama taste.. yg penting kau tinggal komen & link kau tu mesti ada supaya org blh dtg visit kau pulak... Mon 21-Apr-2008 03:54
Posted by:kamalina  - [Link]
rajin yg takdapat ditandingi si akak teratai ni..
syabas!!!
Tue 22-Apr-2008 07:21
Posted by:iwa iwabukhary@yahoo.com
askum,puan rose boleh saya tahu dimana tempat atau alamat puan. Tue 16-Jun-2009 07:02
Posted by:azalan bin ali noorliza68@yahoo.com.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.