Want your
own Fotopage?






















 
GANDAHARA

By: SHAHROSE PESHAWAR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Apr-2008 02:07 Email | Share | Bookmark
KEM PELARIAN DI BORDER AFGHANISTAN

Memandangkan aku rest jap buat kueh jadinya aku nak berkongsi cerita tentang pengalaman aku ke kem pelarian di sempadan Afghanistan-Pakistan dan ke Puncak gunung-ganang di Kalam....



2 gambar di atas: Semasa aku ke Baluchistan...dari Karachi aku naik flight domestic PIA (Pakistan International Airlines) mengambil masa sepatutnya dua jam sampai, tapi disebabkan airpocket banyak, dengan keadaan gunung-ganang dan ada angin bertiup agak kencang masa tu..jadinya mengambil masa lebih lama untuk kami mendarat di Lapangan terbang Quetta..

Sesampai je di airport aku disambut oleh 3 orng abang2tentera kita .....depa ialah sniper tentera Malaysia yang ditugaskan menolong pelarian Afghanistan yang terletak kira-kira 1 jam lebih dari Quetta... bangga tu ...nak ke Chamman bukan tempat sembarangan....cuak juga aku tengok padang pasir yang sangat luas mata memandang dan tiada penghabisan jalan !!!

Gambar atas kanan: Aku bersama2 orng perempuan Afghan (asal mereka ialah Kandahar...disebabkan tentera America menyerang kampung mereka maka mereka lari ke sempadan Pakistan). Mereka ni tunggu giliran untuk diperiksa oleh Dr perubatan (tentera Malaysia) dan di beri ubat-ubatan.

Gambar kiri atas: Aku bersama abang sniper and kakak nurse kita...dibelakang aku tu merupakan khemah untuk membedah orng....tengok je cam tu ..bila aku masuk terkejut ada aircond dan peralatan medical yang agak canggih....

Gambar kanan dibawah: Merupakan sungai unik ...iaitu sungai dua warna di Kalam...terletak di North Pakistan...sejuk sangat disana...walau air salji tengah cair masa tu...

Gambar kiri bawah: Suami aku (masa tu belum kawen...kat Peshawar la kami berjumpa hehee , kawan aku Iqbal dan aku ...nak ambik air tuk berwuduk...air sejuk macam dalam fridge je air sungai tu ...)

Hang Diana ...tak sinonoh ngata laki hang lagu tu...yang pegang botol air baju putehla Iqbal yang oiii... nak tergelak gak bila Diana habaq lagu tuh... tu gambar masa kami masing-masing tengah bujangla...kaklong masih di university, Iqbal di University Tahfiz Al Quran, Lahore..dan Abang Shahrul Project Manager tuk hal-hal kemanusiaan ni.... kat border Afghanistan masa tu.... Thu 24-Apr-2008 13:15
Posted by:Rose shahrose76@yahoo.com  - [Link]
kih kih kih..
saja jaa.. bkn pa.. diana tk penah tgk pon gambar2 dia dr kecik2 sampai dia dok kt pakistan ngan abang Shahrul dolu. dia cakap pa tau dak?? Orang hensem mmg tk suka amik gambaq! pastu dia lagi 'syok seniri' bila famili2 diana ckp dia iras2 penyanyi NASH. Sama ka?? heheheh
Fri 25-Apr-2008 00:08
Posted by:diana


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.