 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
GANDAHARA
 By: SHAHROSE PESHAWAR
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 26-Apr-2008 14:34 |
Email | Share | Bookmark |
|
SATA - KL VERSION!
|
|
Aku excited betul bila mak, abah and adik bongsu aku datang and tido rumah, depa mai dari kg dengan kereta baru (proton BML gitu). Adik perempuan aku Diah plak demam so dia pulak nak balik hostel dia cepat-cepat sebab nak rest katanya (International Islamic College, Gombak) so dia tak merasala sata mak aku buat ni...mak aku kata before nak balik kg (Kuantan) dia nak buatkan aku sata petang ni...
Yang best part Aimi ada kat KL..jangan tak tau dia rajin p khursus buat cupcakes! Kali ni Aimi kursus kat Puchong ...masa Aimi call aku plak tak boleh nak entertain dia....family aku dari kampung...segan plak nak ajak Aimi datang...hehehe sorry Mi...lain kali kita jumpa yea....and thanx for calling...
Kalau u all nak tau sata ni makanan blah-blah pantai timur ni memang famousla...bahan-bahannya amat mudah iaitu ikan...tapi nak ambik isi ikan tu yang leceh sikit sebab nak cabut isi dari tulang ikan yang masih mentah..kalau kukus tu senang ni tak...so mak aku tunjukkanla cara-cara nak buat sata ...sedap babe sebab asli...kalau kat kuala lumpur ni depa buat dah tak sedap sebab campur tepung..ni ikan semata-mata dan adala sikit bahan-bahan tuk dicampur bagi menyedapkan lagi SATA ni....
Pokok pisang kat sebelah umah aku...cinonet je kan...
Kalau sata yang sebenarnya, lepas isikan adunan ikan tu dalam daun pisang kita bentukkan macam kon, kemudian tengah-tengahnya kita cocok dengan buluh/besi panjang, kemudian panggang, disebabkan aku takdak barang-barang tu mak aku kata memadaila bakar atas besi pemanggang kat atas dapo gas je
RESEPI SATA
2kg ikan kembung(ikan selayang boleh, ikan mata uji rashid pun boleh,ikan tamban pun boleh)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
kelapa muda dalam setengah biji
lada hitam ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus..kalau suka cincang pun boleh..
lada merah/cili kering ditumbuk
bawang besar dalam 4 biji di tumbuk/dicincang pun boleh ..ikut suka
daun kadok dicincang halus(ada orng guna daun kesum pun boleh, aku suka guna daun kemangi sebab wangi mat saleh panggil kemangi ni as basil leaves )
Cara-caranya
1) Ambik isi ikan yang mentah tu...blend atau tumbuk isinya agak lumat...
2)Kemudian gaul kesemua bahan-bahan diatas bersama isi ikan sebati...
*daun pisang tu make sure layur atas api supaya daun tu nanti tak pecah-pecah bila kita nak isi ikan...aku guna stapler je ...
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|