Want your
own Fotopage?








 
GANDAHARA

By: SHAHROSE PESHAWAR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Jun-2008 01:00 Email | Share | Bookmark
RANGKA AYAM DAN CENDAWAN GORENG




Ni lah rope rangka ayam yang aku dah goreng ni....History aku makan rangka ayam ni pun semasa aku belajo kat ITM Jengka Pahang dulu...lani dikenali sebagai UITM caw Pahang(Jengka Pusat), masa tu ada bas disediakan kalau nak p pasar malam kat Jengka tu, jadinya kawan-kawan aku asal dari Felda Jengka ni ngajok le aku pegi pasar malam ni, tapi kami keluar petang hari la, aku mula tu pelik gak...apa kebendanya abang-abang handsome goreng ayam seekor ni, aku dengan ramah pun tanyala.."abang, goreng apa tuh"? Abang tu kata "Dinosour..hehe tak lah dik gurau je, taknak beli ke rm1.50 je seketul kalau yang besar rm2, ni rangka ayam dik ..sedap!" apa lagi aku dan kawan-kawan belila..disebabkan kami beli banyak rangka ayam tu...kami dapatla harga murah....

Itu harga dulu, sekarang kat pasar malam hari Selasa kat Greenwood seketul rm3 kalau nak cari rm2.50 punya samada dah habis atau dah tak wujud..cenggitulah..tapi mahal sesangat, anak-anak aku pun suka makan, jadinya aku beli rangka ayam ni..dalam 2 ketul yang mentah harga baru rm3 (berat lebih kurang 1kg)....save apa...



Ni pulak cendawan tiram pak sedara suami aku atau dikenali as Pak Anjang yang tanam, dia ada kebun kat Ulu Langat, selain membela ikan patin dalam kolam, ada tanam pokok buah-buahan macam pulasan, salak, durian, manggis n etc Pak Anjang aku tu ada tanam cendawan tiram ni...bahasa Indonesia dikenali as Jamur, aku kalau buat tom yam mang buh cendawan ni tapi anak-anak aku kurang gemar, jadinya aku goreng ..memang depa makan laju..adakala makan cenggitu je adakala makan dengan nasi....

Quote:
Resepi RANGKA AYAM GORENG

1) Telur ayam sebiji -dipecah dan dikepuk
2) Rangka ayam dah dibersih dan dah di toskan tu dilumur dengan telur yang dah dikepuk...
3) Kemudian golek ayam tu dengan tepung Kentucky atau apa-apa tepung kesukaan sendiri...
4) Panaskan minyak dalam kuali...goreng sampai masak..

Resepi CENDAWAN TIRAM GORENG

1) Telur ayam sebiji-dipecah dan dikepuk
2) Cendawan yang dah dibersihkan dan ditos tu digaul dengan telur
3) Campurkan dengan tepung Kentucky- kacau sebati
4) Goreng sampai garing ..angkat dan hidangkan...

SELAMAT MENCUBA...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net