Want your
own Fotopage?






















 
GANDAHARA

By: SHAHROSE PESHAWAR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 24-Jul-2009 09:26 Email | Share | Bookmark
SYAABAN

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.



Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.



ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.



Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)



Malam Nisfu Sya‘ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)




kita pun dah baca yaasin lepas maghrib tadi......

tima kasih posted up info nie...nak minta izin cilok..share untuk kebaikan semua kawan kawan...
Wed 5-Aug-2009 17:31
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
salam.......... tadi saya masuk rumah salleh.... dengar kata masuk ICU sbb H1N1... sape tu kak??? anak ke?? sape?? berderau darah saya baca tadi... Thu 6-Aug-2009 05:23
Posted by:jassnani jassnani@yahoo.com.my  - [Link]
akak ada dengar dari erina ..yg adik Rose masuk icu sbb h1n1. smoga dia segera sembuh.
moga Allah selamatkan n lindungi dia..ameen.
Thu 6-Aug-2009 14:58
Posted by:hjh Rini
dapat khabar ADIK kakak masuk spital...
sama sama kita berdoa mohon ehsan Allah....belas kasih dan izin Allah untuk sembuh....insyallah
Thu 6-Aug-2009 18:51
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
Terus sampaikan walaupun satu ayat Sat 8-Aug-2009 12:34
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Salam kawan2 ku...
Nak jemput menyertai Kursus Editing Custom Album...
Diadakan pada bulan puasa akan datang...
Terhad 12 orang sahaja...
Daftar SEGERA...
Tengkiu...
Tue 11-Aug-2009 14:13
Posted by:Azahar-UKiR  - [Link]
Moga cepat sembuh....
Dengan izin dan keberkatan bulan Syaaban...semuanya akan selamat.
Thu 13-Aug-2009 12:39
Posted by:Kmal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Selamat Menyambut Ramadan dari saya untuk akak sekeluarga... Tue 18-Aug-2009 02:31
Posted by:Ziela zpuppets@ymail.com  - [Link]
Salam Ramadhan
pohon ampun dan maaf
andai tersilap kata terkhilaf bicara
moga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita sekeluarga...
Thu 20-Aug-2009 16:59
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa .

http://rnzphoto.fotopages.com
Thu 20-Aug-2009 22:18
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
Selamat menyambut Ramadhan buat Rose sekeluarga Fri 21-Aug-2009 06:33
Posted by:Kmal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
SELAMAT BERBUKA DARI ZAI KULIM,MR'T' DAN BB AKIF....
HARI NIE MENU APA??
Sun 23-Aug-2009 11:17
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Salam Kak....
senyap jer Ramadhan nie...
apa khabar adik yang kurang sihat hari tu ?
moga semua baik baik belaka...
Tue 25-Aug-2009 16:14
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
Salam Ramadhan Rose, mengapa lama menyepi? Moga sihat sejahtera sekeluarga hendaknya Wed 26-Aug-2009 00:38
Posted by:Roszana
Teratai oh teratai
Dah Ramadhan dah
Dok tengah membaca al-quran ke
Wed 26-Aug-2009 04:41
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
>>salam ramadhan... lama menyepi.. sori akak pun lama tak berkunjung balas ke sini..
semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera...
>>akak ucapkan selamat berpuasa semoga Allah permudahkan keadaan kita dan
dapatlah kita beramal dengan penuh ketakwaan dan kesyukuran...
Thu 27-Aug-2009 00:48
Posted by:cho zila  - [Link]
Kak long, nak tumpang promote sikit.. baju raya, baju raya.. hehehe..
Anak2 nak melaram.. mai kat sini ya.. www.iqna.biz , gerenti puas hati..
IQNA dot BIZ akan memberi yang terbaik untuk semua..
Thu 3-Sep-2009 11:10
Posted by:MOHDIQBAL admin@iqna.biz
salam rose..
apa khabar?? lama menyepi.. apa berita terkini pasal adik rose yg masuk ICU tu? apa2pun yg berlaku harap rose & keluarga sabar yer.. harap2 semuanya dlm keadaan baik saja skrg ni...
salam aidilfitri buat rose & family.. maaf zahir batin dari akak sekeluarga
Tue 15-Sep-2009 02:57
Posted by:MaDiHaA  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.