Want your
own Fotopage?







 
GANDAHARA

By: SHAHROSE PESHAWAR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Apr-2011 23:39 Email | Share | Bookmark
TUMIT KAKI SAKIT @ PLANTAR FASCIITIS

Lamakan aku ni biarkan fotopages aku bersawang..banyak bebenonya nak diceritakan sebab macam2 happend kat family and kat aku ...tapi aku akan bercerita satu persatu topic dulu dengan penuh kesabaran....mula2 nak cerita tentang aku berjaya turunkan berat badan aku lam 10kg ...pastu lain pulak jadinya..dah turun berat badan tapak kaki aku sakit...pastu aku exercise jalan atas treadmill..makin sakit..badan susut tapi makin sakit dan sakit tumit aku ni ha...rasa macam ada org 'slice' tumit kita dengan pisau tajam, kadang-kadang rasa macam ada duri2 tusuk tumit tu..kadang-kadang rasa macam ada xtra tulang nak terkeluar dari tumit kita...urut pun tak jadi apa...so penting kita cari 'information' tentang sakit tumit ni...selalu orng kaitkan kalau gemuk je mesti sakit tumit..aku gemuk takla sakit tumit...tapi kadang2 sakit lutut tu terasa la jugak sebab lutut tu beban nak tanggung berat badan kita yang semakin melebar dan memberat ... so dengan adanya teknology yang canggih kita ada lani baik kita google nak tahu kenapa sakit tumit ni lebih tepat...kebetulan adik aku Kak Ngah keja kat Mindef tu call kata Kak Long ce baca sokkabar metro ada cakap pasal tumit kaki sakit...aku dok habaq ke dia...aiya Ngah..awat beritau dah tengahari..kat tempat Kak Long ni tengahari selalunya dah habisla ...so aku cari online newspaper...ha kan bijak tu...

Aku bangun pagi bila nak p mandi dan berwuduk mesti nak jalan je seksa sangat...sebab tumit aku tu macam2 rasa kadang rasa macam getah ketat kat tumit aku pun ada ...so nak bangkit tu mang kena pegang dinding dulu..macam orang dah uzur..mang hilang jelita aku la bila nak bangun tu ..sakit tumit yang teramat sangat...kalau suami ada kat umah takpela dia tolong papah kita ke toilet...ni berdengkut2 bila jalan...pakai sandal pun sama je tak jadi apa2..even aku ada beli banyak stokin tebal pun still gitu gak sakit juga...

Suami baru2 ni cuti almost 1 week...so dia tengok kita seksa bebeno bila nak jalan pe lagi...bawakla ke Emergency Room kul 1pagi kat Hospital Sultanah Bahiyah...tapi tula susah nak cakap ..dari dulu aku tak suka Dr.2 kat emergency ni sebab depa ni macam tak serious leh gelakkan aku pulak bila...aku cakap aku sakit tumit bila aku turun berat badan...ada Dr tu kata macam tak logic...dalam hati aku dan suami kata ..eh dia ni Dr ke tidak kami pun rasa tak logic jugak turun berat badan tapi tumit sakit gila.....bila nurse yang ada bersama dia panggil dia Dr sah la dia Dr kan takkan dia nak menyamar pulak....tapi senang je dia cakap kalau kaki Puan sakit setelah saya bagi ubat tuk seminggu makan...takdak jalan lain kena cucuk kat tumit la..kan ke menakutkan tu...cuba la bagi option lain...aku baca tentang tentang orng kena Plantar Fasciitis ni...last lassst option baru cucuk steroid kat tumit..ni senang je...nak cucuk2...tak kuasa aku, ngeri sungguh pun ada...banyak lagi kata2 Dr tu menyakitkan hati aku ...ikutkan hati nak je belasah dia...tapi kenangkan kita ni sapa...bukan Dr kena la dengar orng yang arifkan...silap jumpa orng kot..patut jumpa Dr Pakar tulang... so sapa2 sakit tumit kaki dan tak tau kenapa sebab musababnya aku dah copy paste tentangnya kat bawah ni..semoga article tu sangat membantu..Insya Allah...




So ni gambar sandal yg suami aku belikan dari kedai Bata Alor Setar, aku tanya sendiri dengan owner yang kebetulan ada di tempat cashier tu...katanya tak semestinya badan gemuk kita akan sakit tapak kaki, kita dah berumur pun sakit, dah beranak pun akan sakit, kalau drastic exercise pun boleh sakit tumit dan tapak kaki ni, overuse kaki pun mang sakit tumit juga...lega aku bila owner Bata cakap camtu..dia kata dia tak gemuk tapi sakit tumit bila dah kerap beranak(mang perempuan Cina agak berumur ni masih lagi cantik) aku rasa dia lebih baik bagi nasihat dari Dr yang aku jumpa tu...nasihat aku macam2 ..banyakkan makan buah2an sayur2an, jaga kaki tu...nak pakai lama, so dalam rumah saja aku pakai sandal tu, kat luar rumah dia suruh aku pakai kasut tapi medi pad gel yang dia syorkan...dan stop sementara activity riadah yang melibatkan kaki aku ni..rest dulu...buat exercise tak melibatkan kaki ...dah sihat kena start semula...tapi start dengan perlahan2 dulu...jalan relax not brisk walking..kan best dengar nasihat camtu...aku ni mampu beli sepasang sandal rasa nak beli sedozen pulak...ni Dr tu siap gelakkan and siap cakap ha taknak sakit Puan kenala turunkan berat badan lagi...senangnya cakap...kita yang tak belajar medical ni mesti dok pk camana lagi aku nak turunkan berat badan..makan dah jaga...buat exercise dah turun berat badan tapi sakit tumit ..kita pun mushkil...kan bagus dia nasihat elok2 ..kata Dr tapi macam orng tak berilmu pulak cara bercakapnya....hai malaas aku nak komen banyak2 coz kawan2 aku ramai Dr ngehehehehe....

* ni bagi tips sikit dari pengalaman aku..Dr tu bagi aku seminggu ubat Indomethacin 25mg Cap so aku telan sebiji satu pagi satu malam selama seminggu

* dan ubat sapu nama Methyl Salicylate 25% ointment (LMS) sapu 4 kali sehari..

* kalau demam Dr bagi aku Paracetamol 500mg tapi aku tak makan sebab mang dari dulu aku tak suka amalkan makan panadol ke paracetamol unless sakit gila2 ...

* pakai sandal tu dalam rumah saja, keluar rumah pakai kasut letak medi gel tu, kalau kotor boleh basuh jgn letak kat panas matahari kang cair pulak..menda tu dah la mahal babe...kalau riadah pun kasut sukan buh medi gel jgn lupa pakai stokin tebal....so exercise ikut kemampuan badan dan kaki...ingat ..kita bukan muda lagi...

* kalau ikutkan kawan suami aku Dr Orthopeadik (pakar tulang di Sunway Hospital) Dr Hyzan katanya ambil ubat voltaren 50mg makan seminggu, pakai voltaren emulgel tuk sapu kat tumit...tuam dengan air batu kalau sakit jgn rendam sebab aku p rendam aritu nak terbakar gila kaki ni...mang dia pun cakap last last option baru inject...itu kes macam tak dak harapan nak baik ..ingat steroid ada kesan sampingan maaa...

************************************************************************************************************************

PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.

Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.


Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.

Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.

Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.

Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.

Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.



•Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.


•Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.


•Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.


•Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.


•Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.


•Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.


•Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.

Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.

Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.

Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.

Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.

Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.

Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.

Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang.


sumber ~ http://www.hmetro.com.my/articles/Tumitkakisakit/Article/


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net