Want your
own Fotopage?








 
GANDAHARA

By: SHAHROSE PESHAWAR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 11-Nov-2009 02:10 Email | Share | | Bookmark
AIR ROSELLE HOMEMADE


Raya tahun ni aku beraya disekitar Alor Setar dan Perlis je...so semasa menziarah di Perlis..kami terjumpa satu tempat yang nampak 'cool'...terus aku snap ...pemandangan yang sejuk mata memandang ni ialah sawah padi yang agak kecik sizenya berbanding di Kedah...ada pokok ceri lagi ..leh duk bawah tu sambil minum-minum abc ke cendol ke hehehe ..berangan tul!


Tak sempat nak snap gambar suami dan anak sulong ..depa dua dah p solat sunat Aidilfitri...so aku snap gambar Aleya Mashitah dan Aleya Qaisarah...


Gambar ni depa p main kat taman permainan kanak-kanak..~~ sebelah kiri dan yang gambar sebelah kanan tu aku mbik masa raya aritu la semasa menziarah kat Perlis ..tu ternampakla kem askar..yang menarik perhatian aku dan suami ialah signboard dia hehehe...kira nak tunjuk berani aaa..suami aku park keta kat tepi jalan..pura-pura tengok tayar aku pun snap la gambar tu..pastu nampak cam MP nak datang ke tempat kami..pastu kami pun kira berani la kan hehehe..ini di namakan..takdak keja cari keja...ngehehehe


Ni pokok roselle yang suami aku tanam kat tepi rumah, dua batas je tapi buah dia banyak..menurut suami roselle ni berbunga pada bulan 10 sahaja..


Yang ni mang hubby aku mbik gambar yang lain2 tu aku snap...pakai camera biasa je...kalau aku try to close up tak berjaya aje... yg gambar atas blah kanan tu ..aku rebus buah roselle...start pertengahan Ramadan till now aku almost hari2 minum air roselle ni...baik tuk orng ada darah tinggi dan tuk kebahkan demam panas...aku dah bancuh selalu letak gula aku buh lam botol air mineral sejukkan dan bagi ke jiran-jiran...mang depa suka sangat..sedap dari air sirap!
bawah ada resepi camana buat air roselle tu...oh ye sapa-sapa nak biji benih air roselle ni..email ke aku shahrose76@yahoo.com aku post ..jgn risau free... **aku mintak maaf kepada sesiapa yang pernah email aku dan nakkan biji benih roselle tapi aku tak dpt post sebb sekarang ni facebook pun bagi notification banyak sangat kat email aku, jadi nak cari semula alamat2 yang telah diberikan memang tak terjumpa udahnya terpksa delete semua email ..minta maaf sangat ye..kalau saya serious nak tanam pokok roselle ni...sms aku or wussup aku ke no 019 6071876 bagi alamat ..Insya Allah aku postkan secara percuma, jgn call ye sebb takut tak terangkat maklum buat keja rumah ..bz sokmo ngeeee **


Ni air roselle yang dah di rebus dan di bancuh dengan gula dan ais..sila minum...Bismillah..

Air Roselle

7 buah roselle ~ ambik kelopaknya biji dalam tu boleh dikeringkan tuk buat benih
1 liter air

*rebus till mendidih, mbik setengah air roselle tu dah boleh bancuh dengan sikit je garam dan gula secukup rasa serta tambahkan sedikit air masak
*...setengah air roselle tu leh la bancuh dgn air dan ais tuk satu jug..kalau nak sedap rebus roselle tu petang ni...besok bancuh..lagi sedap...ada masam manis..terkadang ada kelat2 sikit...
selamat mencuba..


Sunday, 6-Sep-2009 07:01 Email | Share | | Bookmark
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA ~~tersiratnya???



Dah lama aku biarkan fp aku bersawang..dah berulau sawa hehehe biasala selalu bertapa di gua tengkorak di Bukit SiGuntang.....takpe tengah dok edit banyak gambar..so sementara tu tengok la youtube menarik ni sebagai iktibar....bertindak sebelum terlambat...SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN .... kira entry kali ni baru nak warm up...pastu nak visit kawan2 fp yang lama dah aku tak jengok.... ....


Friday, 24-Jul-2009 09:26 Email | Share | | Bookmark
SYAABAN

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.



Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.



ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.



Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)



Malam Nisfu Sya‘ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)





Friday, 17-Jul-2009 18:28 Email | Share | | Bookmark
SYAITAN 3 ~ ARAK



Pelayan lelaki di sebuah restoran mengambil pesanan: Selamat Petang, nak pesan minuman apa ye?

Perempuan 1: Beer

Lelaki 1: Vodka Oren

Perempuan 2: Red Wine

Lelaki 2: Boleh bagi saya satu gelas JuzJuice lemon?

Syaitan: Apa? Juz/Juice saja? Kau datang ke sini semata-mata nak minum air juz/Juice saja? Isk tak malu ke?

Perempuan 2: Lim..kenapa tak 'minum' dengan kami?

Syaitan: Ntahnya...baik mintak juice carrot ke, reed juice..kalau camtu baik mintak air susu aje!!! Ey kau jgn nak kecewakan budak perempuan tu!

Perempuan 2: Jomla minum dengan aku, ala yang ringan-ringan aje, tak memudarat/memabukkan pun!

Syaitan: Haahla..yang ringan aje, ok apa...Cepatlah..takkan kau nak malukan budak pompuan tuh!!

Lelaki 2: (akhirnya dia tewas...) Ok bagi aku satu wine....


LARANGAN MEMINUM ARAK (KHAMAR)

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati." m asruq berkata: "Peminum khamar itu seperti penyembah berhala, jika ia menganggap halal khamar."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar dan semua yang memabukkan itu haram. Dan siapa yang minum khamar didunia sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan dapat minum khamar diakhirat."

Abul Laits berkata Rasulullah s.a.w. telah menerangkan bahawa tiap minuman yang memabukkan itu haram, dimasak atau tidak dimasak. Sebagaimana riwayat Jabir r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua yang memabukkan jika diminum banyak, maka sedikit juga haram." Dilain riwayat dikatakan: "Yang memabukkan jika diminum satu botol, maka seteguk juga haram."

Abul Laits berkata: "Peminum khamar yang dimasak (tuak) itu lebih besar dosanya daripada yang minum khamar yang tidak dimasak sebab peminum tuak itu merasa bahawa itu haram tetapi yang minum khamar yang dimasak itu adakalanya ia merasa bahawa itu sudah halal sehingga dapat menyebabkan kekafirannya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Usman bin Affan r.a. ketika berkhutbah berkata: "Hati-hatilah kamu dari khamar sebab ia induk dari dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan kedalam rumahnya, lalu ditutup pintunya. Sedang disisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil. Maka berkata wanita itu: "Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau berzina padaku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: "Ada orang masuk kerumahku." Jawab abid itu: "Zina saya tidak mahu, membunuh juga tidak." Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu." Usman berkata: "Kerana itu tinggalkanlah khamar itu kerana ia sebagai ibu dari dosa-dosa dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dan khamar didalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari lidahnya khalimat-khalimat kufur lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa amti dalam khalimat itu sehingga menyebabkan ia kekal dalam neraka."

Adhdhahhaah berkata: "Siapa yang mati sedang tetap minum (khamar) maka akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan mabuk." Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:

~ Orang bakhil (kedekut)

~ Orang yang mengungkit pemberiannya


~ Orang yang tetap minum khamar

~ Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya

Ibn Mas'ud berkata: "Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:


1. Yang memerah

2. Yang minta diperah

3. Yang minum

4. Yang memberi minum

5. Yang membawa

6. Yang menghantar

7. Yang membekal

8. Yang menjual

9. Yang membeli

10. Yang menyimpan




Juga Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."

Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang memberi makan walau sesuap kepada orang yang minum khamar, maka Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan ular atau kala dibadannya dan siapa yang menyampaikan hajatnya maka bererti membantu merobohkan Islam. Dan siapa yang meminjamkannya bererti membantu untuk pembunuhan seorang mukmin dan siapa yang duduk bersamanya dibangkitkan pada hari kiamat buta tidak berhujjah. Maka jika sakit jangan engkau jenguk. Jika menjadi saksi jangan kamu terima persaksiannya. Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak tidak akan minum khamar kecuali orang yang terkutuk dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Dan siapa yang minum khamar maka telah kafir dengan semua kitab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi-nabi-Nya dan tidak akan menghalalkan khamar kecuali orang kafir. Dan siapa yang menghalalkan khamar maka aku lepas tangan daripadanya dunia akhirat."



Rujukan dari Surah Al Maidah~~ Terima Kasih Pakcik.. (http://pemancingikan.fotopages.com/)


Rujuk juga Surah Al-Maidah(5):90-91
[90]
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[91]
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?









Sunday, 12-Jul-2009 06:36 Email | Share | | Bookmark
LEARNING ENGLISH...

Kalau korang ketawa tengok 2 video di bawah ni..mang korang excellent berbahasa Inggeris...silakan menonton............



Bila tengok video kat bawah ni aku teringat aku pernah jadi guru tuition mengajar bahasa Inggeris...tapi rasanya aku tak la zalim sampai nak mendera students aku cenggini hehehe...patutla orng Jepun pandai serba serbi kalau hari-hari kena.......




[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net